Sunday, December 13, 2009

First try

My first ever testimonials on a piece of paper, magazine-like article. First experience as a model for my wife's business. We are the ambassador, no need others to be ambassador.


Thursday, November 19, 2009

Salah tanggapan

Salam sejahtera,
.
Saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan yang kami perolehi hasil dari pembacaan daripada buku yang saya beli 2-3 hari lepas berkaitan posting isteri saya semalam. Kini, jika ke kedai buku, selain mencari buku-buku berkaitan Research Methodology, Cognitive saya juga teruja dengan buku - buku berkaitan makanan, pemakanan seimbang & sihat serta diet. Saya merasakan adalah perlu kami berkongsi maklumat yang sedikit ini kepada rakan-rakan agar semua memperolehi manfaat daripadanya.
.
Berbalik kepada tajuk entry hari ini - SALAH TANGGAPAN. Ini merupakan antara salah tanggapan saya dan isteri dan ia berkaitan dengan trans lemak. Sebelum ini kami tak tau pun apa itu trans lemak (trans fat). Elok saya terangkan sedikit apa itu trans lemak supaya kita tidak terpinga-pinga.
Kebiasaannya kita diberitahu terdapat 2 jenis lemak dalam makanan iaitu :
  1. lemak bagus (good fats - polyunsaturated fats - lemak politaktepu) yang terdapat di dalam minyak sayuran
  2. lemak tidak bagus (bad fats - saturated fats - lemak tepu) yang terdapat daripada sumber haiwan seperti butter.
Dan kita disarankan untuk tidak mengambil bad fats ini. Namun mungkin kita tidak perasan atau tidak mengetahui bahawa wujud lagi satu jenis lemak di dalam makanan iaitu trans fats yang dikategorikan SANGAT TIDAK BAGUS oleh pakar nutrisi. Trans lemak ini sangat bagus untuk pengilang makanan tetapi bukan untuk pengguna seperti kita.

Pengilang makanan telah menukar sumber lemak mereka daripada lemak haiwan kepada lemak sayuran, namun mereka mencari kaedah bagaimana untuk mengubah lemak sayuran yang rendah lemak tepu agar ia berada di dalam bentuk pepejal seperti lemak haiwan pada suhu bilik. Selalu kita lihat butter tetapi kini terdapat pula marjerin.

Saya telah beranggapan bahawa lemak dari sumber sayuran/tumbuhan ini baik untuk kesihatan kerana ia politaktepu. Maka saya/kami tidak memilih butter berbanding marjerin (sekadar satu contoh biasa & mudah). Namun saya tidak mengetahui bahawa proses yang menukar minyak sayuran dalam bentuk cecair kepada pepejal yang dipanggil penghidrogenan (hydrogenation) telah menyusun semula molekul minyak terbabit kepada trans lemak - harmful artificial fat.

Bagaimana trans lemak ini dikategorikan sebagai SANGAT TIDAK BAGUS?

Saintis telah menemui satu penemuan yang memeranjatkan. Badan kita telah keliru dengan kewujudan lemak sintetik ini dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Maka, akhirnya trans lemak ini hanya disimpan dan bermulalah potensi masalah di masa akan datang.

US Institute of Medicine juga telah menemui bahawa trans lemak ini sangat berbahaya dan memberi kesan sangat buruk kepada sistem kardiovaskular. Lemak tepu (dari sumber haiwan) akan meningkatkan bad cholesterol (LDL) tetapi tidak memberi kesan kepada good cholesterol (HDL). Trans lemak ini juga meningkatkan LDL sama seperti lemak tepu TETAPI pada masa yang sama menurunkan HDL. Oleh yang demikian kadar kolestrol di dalam badan menjadi lebih tidak seimbang malah lebih buruk lagi.

Lebih memburukkan lagi, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati trans lemak ini tidak diisytiharkan pada label makanan.

Ini sekadar sedikit perkongsian kami bersama rakan-rakan.

sumber daripada CAP Guide, Toxic Trans Fat in Process Foods

Wednesday, November 11, 2009

Carbs-based breakfast

Salam sejahtera,
.
I would like to share some important notes took by my wife when she attending Healthy Breakfast Training by Herbalife HQ. Hope it will provide very beneficial info for all of us.
.
Carbs-based breakfast


In the morning, simple carbohydrates (sugar refined cereals, white breads, toasts, nasi lemak, etc) cause an immediate surge of blood sugar level which results in a substantial emission of insulin. The insulin removes sugar from blood turning it excess into fat. The result is a decreased level of blood sugar, and thirst for more carbs. This cycle repeats itself 2-3 more times during the day. This viscious circle constitutes one of the major reasons for diabetes, high blood pressure and extra weight.
.
Next entry on this breakfast topic : Skipping breakfast

Tuesday, November 03, 2009

Salam,
.
Agak lama saya menyepikan diri, kali terakhir adalah sebelum Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Namun begitu, saya masih berkongsi artikel-artikel menarik berkaitan kesihatan dan pemakanan yang diterbitkan di akhbar, majalah dan laman web termasuklah kekecewaan oleh bekas PM kita, Tun Dr Mahathir.
.
Ingin saya berkongsi sedikit berita gembira di sini, Isnin lepas saya telah ke Klinik Pelajar UM untuk pemeriksaan rutin setiap bulan atas sebab tekanan darah saya. Seminggu sebelum itu, darah dan air kencing saya telah diambil untuk analisa makmal. Seperti biasa, saya akan dirujuk kepada Dr Myint dan tekanan darah akan di ambil di stesen jururawat.
.
Semasa bertemu Dr., saya telah ditunjukkan hasil analisa makmal khususnya berkaitan KOLESTROL serta rekod perubatan saya semasa pertama kali berjumpa beliau. Secara ringkasnya, tahap kesihatan saya semakin baik dengan penurunan kadar kolestrol di dalam darah dan juga tekanan darah saya. Untuk rekod, berikut adalah kadar kolestrol & tekanan darah saya.
.
BP (blood pressure)
.
8 April 2009 - 168/107
2 Nov 2009 - 124/87
.
Kolestrol
---------------------------------22 April 2009 --------------2 Nov 2009
Total cholesterol (TC) = -------------6.0------------------------- 4.0
Low-density lipoprotein (LDL) ------3.76-------------------------2.38
Trigliceride (TG)---------------------2.4--------------------------1.2
.
Alhamdulillah, ia menunjukkan perkembangan yang sangat positif. Langka-langkah pengambilan Herbalife Weight Management serta diet sihat yang seimbang amat membantu kepada keputusan ini. Oleh yang demikian, maka Dr Myint telah menghentikan salah satu ubat saya, untuk jangka masa seminggu. Minggu depan akan disemak semula. Jika BP ok, insyaAllah saya tak perlu ambil ubat darah tinggi (Coversyl) tu semula. Dr Myint juga menyarankan agar saya meneruskan program diet ini.
.
Memetik sedikit tulisan di dalam 'The truth about food' untuk renungan bersama;
.
Today, food is a key talking point, a source of controversy and important issue in our daily lives. We eat to live - but we also eat to celebrate, to relieve boredom, to commiserate, to socialise, to beat illness, to de-stress, to bulk up or to slim down.
.
Food is fundamental for all human beings, yet we are only just starting to understand how it affects our bodies, and why people react differently to different foods.
.
.

Mengapa saya melakukan perubahan ini khususnya tabiat pemakanan & memilih healthy diet? Jawapannya da di bawah ini; untuk semua orang yang saya sayangi.
.

Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri


Salam 26Ramadhan,
.
Pejam celik pejam celik, hari dah hari ke 26 kita berpuasa. Cepat sungguh masa berlalu. Lagi 4 hari dah nak raya. Program healthy diet kami pun dah melebihi sebulan. Setakat ini, berat aku berkurang 6 kg, perut dah rasa kempis sikit, rambut dah mula tumbuh lebih banyak. Alhamdulillah kesan-kesan baik yang diharapkan dah mula menunjukkan hasilnya. Begitu juga dengan isteri aku.
.
Puasa ni agak susah sikit nak turunkan berat. Pertama mungkin sebab kadar kalori yang diambil tak seimbang, kejap banyak kejap turun. Maka, sistem tubuh kita tak dapat menjanakan tenaga dengan kadar kalori yang agak rendah, hasilnya kita berasa sangat penat. Bila waktu berbuka, kadar kalori yang di ambil agak tinggi.... tapi sebab makan dah malam, aktiviti terhad maka kadar penggunaan kalori adalah kurang. Itu sebabnya terawih penting, aktiviti untuk menggunakan kalori bagi menjana tenaga. Kalau tak, tersimpan rapi di tempat tak sepatutnya. Ini yang aku faham sedikit sebanyak tentang penggunaan kalori & metabolisme hasil dari pembacaan santai. Kalau kenyataan ni salah, tolonglah betulkan ye supaya rakan-rakan lain juga maklum.
.
Raya juga amat mencabar. Ketupat, rendang, lontong, sambal goreng, lemang, kuih muih... fuhhh semuanya menggamit selera. Tahun-tahun lepas, apa yang aku buat adalah.. sekejap makan, rehat kejap.. makan lagi.. tak habis2 makan. So, raya tahun ni mungkin sedikit berbeza. Harapnya lah dengan azam dan misi baru. Jangan lepas raya tak boleh pakai baju dan seluar yang aku beli, sudah. Hehehehe.
.
Oklah... di kesempatan ini aku dan keluarga ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dan keampunan daripada rakan-rakan sama ada yang kami kenal atau pembaca blog ini yang kami juga tidak pernah mengenali. Mana tau ada coretan dan catatan di dalam ini menyinggung perasaan rakan-rakan sekalian. Ampun maaf dipinta..Kami juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga di atas kesudian rakan-rakan 'fans' yang sudi menerima jemputan kami untuk menjadi facebook fans untuk projek 1healthyfamily ini. Diharapkan ia dapat memberikan sedikit manfaat kepada rakan-rakan sekalian.
.
Akhir sekali, ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI dari kami sekeluarga di 1healthylifestyle. Hati-hati di jalan raya. Jemputlah ke rumah kami di Selayang, call dulu ye supaya boleh kami buatkan salad yang sedap untuk rakan-rakan semua.
.
Salam Aidilifitri dari Bandar Baru Selayang